Monday, February 20, 2012

cerita tentang Singapura

sedikit lewat untuk story pasal percutian aku ke Singapura hari tu ,tapi boleh lagi aku nak story sikit pasal percutian aku hari tu..percutian selama 3 hari tu memang akan diingati sampai bila- bila sebab first  time aku melancong ke luar negara dan its free!!

hari pertama tiba di Singapura, tempat pertama yang dituju ialah Singapore Science Centre. Tempat ni lebih kurang Planeterium Negara.Dekat sini 3 tempat yang aku pergi iaitu yang pertama tengok tayangan filem mengenai dinasour dekat Omni Theathre, efek 4D yang terbaik,real gila..macam dinasour tu betul betul duduk kat depan aku. Lepas tengok tayangan tu, kami terjah pulak Snow City,yang ni tahap keterujaan aku over the limit..first time main salji..wah!!!! rasa bertuah sangat dapat rasa sendiri macam mana keadaan salji dan suhu kat oversea selama ni tengok dalam drama Korea macam best je,sekarang dah rasa sendiri dan memang terbaik..beku kejap..huhu..tempat terakhir yang dituju selepas Snow City ialah planetarium..kat sini banyak pasal sains ah tapi disebabkan aku ni buta sains sikit jadi tak dapat nak feel sangat keseronokan berada kat planetarium ni..tapi sangat disyorkan kalau nak bawak budak-budak,memang memberi banyak faedah. ok lepas tu tempat kedua yang dituju ialah Orchard Road, tempat ni memang syurga untuk orang kaki shopping tapi not me sebab barangan yang dijual kebanyakannya berjenama so cuci mata sajalah ya @_@..malam tu kami ke Merlion Park and naik river cruise  mengelilingi Sungai Singapura..suka  suka, hehehe…lepas habis mencuci mata terus check in ke lodge backpackers~Little Red Dot. kemudahannya terbaik!


 at merlion park

orchard road



hari kedua iaitu hari yang paling dinanti iaitu we are going to Universal Studios! hoorey ^_^. no words to describe~enjoy the pictures ^_^
lepas penat berjoli di Universal Studios, kami ke Bugis Street..its time to shopping!!!


depan castle princess fiona








penguin madagascar
with branden fraser


rombongan che kiah

hari ketiga ialah hari terakhir di Singapura,sedih tapi excited dah nak balik..miss Malaysia very much..huhu.. sebelah pagi kami ke Geylang Serai..ambience kat sini lebih kurang macam Pasar Siti Khadijah kat Kota Bharu,nothing much kat sini tapi sempat try nasi ayam penyet..harga $4 dolar dengan air teh o ais $1.10 dolar..memang berbaloi..sedap sangat..lepas tu kami ke Arab Street,kat sini pun nothing special lagipun masa kitaorang pergi public holiday sempaena Chinese New Year,so banyak kedai yang tutup. Petang tu kami ke Chinatown,kat sini misi untuk menghabiskan dolar Singapura sebab dah nak balik Malaysia,shopping sakan kat sini..dan tepat jam 430 petang kami bertolak balik ke Malaysia..penat tapi nice memory to memorize..

arab street



ayam penyet~4.00$ dolar














No comments:

Post a Comment