Friday, October 19, 2012

Craving for Korean Food: Seoul Garden

Assalamualaikum

Anyong ha seo. hah starting dah korea bagai kan, so apa lagi mestilar nak cerita pasal Korea. Hei tak habis-habis dengan korea kan. Ok kali ni bukan nak cerita pasal Yonghwa yang hensem lagi bergaya tu dan bukan jugak pasal SNSD yang ada lagu baru sekarang ni dan apatah lagi nak cerita pasal Oppa Gangnam Style yang gila famous seantero dunia ni. Kali ni kita cakap pasal makanan diorang pulak. Ok first sekali tau tak makanan utama masyarakat Korea???Budu??? Cencaluk??? Teka lagi teka lagi. Kimchi!!! Ok pandai Kimchi *tepuktepuk* So today harini *gaya matluthfi* aku nak cerita sikit  yang aku dengan MMP Crew telah menyantap diri kami di Seoul Garden pada 2-3 minggu lepas yang berlokasi di Gurney Plaza yang juga mengambil masa dalam 1/2 jam nak sampai sini kalau dari USM dan juga memerlukan kos sebanyak RM2.70 untuk tambang bas Rapid. Ok, sampai Gurney Plaza tu memang dah tahu tempat Seoul Garden tu kat mana tapi masalah nak mencari surau nak solat Zuhur,aduhai punyalah susah, habis sesat. Kemudahan surau kat sini hemmmmmmmmm hampeh! Lepas pusing pusing sampai perut berbunyi baru jumpa surau kat aras 4 kat parking nun jauh disana. Lepas bayar hutang kat Allah (solat-solat), kitorang yang tengah kebulur pun terus ke Seoul Garden, nak masuk kena bayar rm 27 sekali dengan taks dan selepas ditunjuk kad pelajar..ok sedikit mahal tapi kalau makan sekali dalam satu sem tak pe ok.. dengan ke'excited' an yang tinggi dan tahap lapar yang sampai level paling tinggi,apa lagi ,jom kita makan!!! ok dah tak de benda nak kongsi dengan kata-kata, jom kita tengok gambar pulak~anyong ha ka seyo!


kaki-kaki yang pergi

fokus cari surau k!

5 minit pertama pegang chopstick, lps tu.......


kekenyangan


No comments:

Post a Comment